Nadi Safe (Pengantunan Siber) Dan Shield (Berita Palsu)

18 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan taklimat NADI Safe (Pengantunan Siber) dan Shield (Berita Palsu). Kelas tersebut telah dihadiri oleh 13 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran supaya lebih berhati-hati semasa berada diatas talian. Pengantunan siber dan seksual adalah proses seseorang mempersiapkan kanak-kanak dan persekitarannya bagi membina hubungan emosi serta kepercayaan sebelum memanipulasi mereka sebagai mangsa seksual. Seterusnya, berita palsu adalah satu bentuk “ancaman” dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama.

Tidak semua berita yang dibaca itu adalah fakta sebenar, terutamanya berita yang ditularkan dalam media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan berita dan maklumat palsu yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, komuniti setempat, masyarakat dan negara. Perbuatan ini boleh membawa impak negatif terhadap minda dan kehidupan masyarakat. Dengan adanya kelas seperti ini, mereka dapat mengenalpasti bahayanya dunia digital pada masa sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali